Kebangkitan (1299–1453) Perang Uthmaniyyah di Eropah

Empayar Byzantine

Penaklukan Constantinople oleh Sultan Mehmed si Penakluk pada tahun 1453

Selepas menyerang Empayar Byzantine yang telah lemah pada tahun 1356 (tahun sebenar dipertikaikan kepada kemungkinan pada tahun 1358 di sebabkan perubahan kalendar Byzantine), (lihat Suleyman Pasha) yang mana menyediakan asas kepada operasi di Eropah, Empayar Uthmaniyahmemulakan perluasan ke arah barat dan memasuki benua Eropah pada pertengahan kurun ke-14.

Constantinople jatuh pada tahun 1453 selepas Pertempuran Varna dan Pertempuran Kosovo Kedua.

Keseluruhan Yunani ditawan pada tahun 1461 (Empayar Trebizond) (lihat : Yunani Uthmaniyah).

Empayar Bulgaria

Pada separuh kedua kurun ke-14, Empayar Uthmaniyah terus mara ke utara dan barat Balkan, berjaya menguasai Thrace dan kebanyakan wilayah Macedonia selepas Pertempuran Maritsa pada tahun 1371. Sofia jatuh pada tahun 1382, diikuti dengan ibu negara Empayar Bulgaria Kedua iaitu Tarnovgrad pada tahun 1393, dan wilayah barat laut selebihnya selepas Pertempuran Nicopolis pada tahun 1396.

Empayar Serbia